Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tun Dr. Mahathir Mohammad, pernah mengatakan bahawa sesebuah masyarakat yang tidak menguasai ilmu atau kecekapan yang penting, pada suatu zaman akan dijajah orang lain. Jelaslah bahawa ilmu menjadi penyuluh hidup dalam semua aspek; sama ada dalam kehidupan sesebuah individu ataupun pembinaan sesebuah bangsa dan negara. Kini, kerajaan Malaysia amat memintingkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakatnya dan menyeru rakyatnya agar menyabung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antara initiatif kerajaan termasuklah menangguhkan mereka yang gajinya kurang dari RM 4000 daripada membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN). Selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa untuk murid-murid yang cemerlang dan juga golongan berpendapatan rendah supaya deberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia. Sememangnya, banyak faedah yang boleh kita perolehi daripada melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalanya, apakah faedah-faedah tersebut?
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa jika kita berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa kepanasan bahang apinya. Namun, sekirannya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, secara tidak langsung bau wanginya akan terletak pada diri kita. Maksudnya, kita sebagai manusia senang dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling kita; kita haruslah bijak memilih rakan dan juga suasana di sekeliling kita untuk menyemai sikap-sikap positif dalam diri kita. Dengan melanjutkan pelajaran di universiti, kita akan banyak menjumpai mereka yang bijak pandai, rajin, inovatif, dan kreatif. Secara tidak langsung, kita akan mencontohi sikap–sikap mereka ini. Nilai–nilai tersebut banyak membantu dalam kehidupan seharian kita dan masa depan kita, bukan di sekolah sahaja. Seseorang yang ringan tulang dan sedia membantu sudah tentu akan lebih disenangi oleh manusia–manusia disekelilingnya bebanding dengan seseorang yang malas, bermulut tajam, dan megkhianati orang lain. Pendek kata, objektif melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti bukan semata-mata untuk menimba ilmu sahaja, tetapi juga untuk membina perwatakkan diri yang baik an juga kemahiran-kemahiran lain seperti cara berkomunikasi dan melayan orang lain.
Selain itu, pelanjutan pelajaran ke peringkat universiti juga mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan. Dalam mendepani ombak modenisasi ini, kualifikasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil; SPM hanya mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan gaji minimum sahaja yang tidak mampu menampung kos sara hidup. Adakah anda ingin bergantung kepada ibu bapa anda sepanjang hidup? Mereka sudah tua; anda perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan anda sendiri. Demi mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang stabil, ijazah pertama menjadi kualifikasi minimum yang diperlukan. Hal ini demikian kerana pasaran tenaga manusia kini tepu dengan pemeggang sijil ijazah pertama dan diploma. Demi bersaing dengan mereka, anda sendiri memerlukan kualifikasi yang sama. Walaupun sijil ijazah pertama atau diploma tidak akan menjamin anda mendapatkan pekerjaan, ia dapat meningkatkan peluang anda. Asalkan kita bijak merebut peluang dan tekad mencari pekerjaan, sudah tentu kita akan berjaya. Tuntasnya, pelanjutan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mampu membantu kita mendapat rezeki yang halal pada masa depan.
Seterusnya, kita dapat menyumbang kepda pembangunan negara dengan melanjutkan pelajaran di universiti. Negara Malaysia kini mengalami pembangunan yang pesat. Wujunya inisiatif-inisiatif, sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta, dalam pembinaaan infrastruktur, kemudahan awam, perkembangan teknologi dan juga intergrasi penggunaan teknologi, maklumat, komunikasi (TMK) dalam kehidupan masyarakat seharian. Oleh itu, Malaysia memerlukan pakar – pakar dan golongan profesional dalam bidang tersbut untuk menjayakan usaha-usaha yang dilakukan. Sebagai tamsilan, projek penambahbaikan Genting Highlands, antara tempat pelancongan yang terbesar di Malaysia, memerlukan sekurang-kurangnya 2 juta individu yang pakar dalam bidang TMK, kejuruteraan, pelancongan, dan sebagainya untuk menjayakan projek tersebut dalam tempoh dua tahun ini. Sekirannya tidak cukup rakyat Malaysia yang layak dari segi ilmu pengetahuan, kualifikasi, dan pengalaman, siapakah yang akan menjalankan projek tersebut? Adakah kita, sebagai rakyat Malaysia, ingin mengancam status quo kita di tanah air kita dengan kemasukan orang asing untuk memenuhi kuota pelaksanaan projek tersebut? Begitu cepat kita lupa apa yang terjadi pada zaman pemerintahan British? Oleh itu, kita haruslah berusaha memainkan peranan kita, walaupun sedikit, untuk menyambut usaha-usaha tersebut dan menjayakannya. Tuntasnya, pelanjutan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan mewujudkan rakyat Malaysia yang layak dan mampu menyumbang dalam pembangunan negara kita yang tercinta ini.
Di samping itu, pelanjutan pelajaran di universiti akan melahirkan golongan intelektual yang mampu bersaing di persada antarabangsa. Ia membuka mata para pelajar kepada dunia intelek yang tidak mungkin diketahui mereka sebelum ini melalui program-program yang bertujuan untuk mendedahkan murid kepada dunia di luar. Antaranya ialah penganjuran seminar, atau bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah luar. Selain itu, juga wujudnya universiti-universiti yang mempunyai persetejuan awal dengan universiti negara lain untuk mengadakan program pertukaran pelajar. Melalui program tersebut, pelajar-pelajar yang layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Pengalaman ini sangat penting untuk mendedahkan para pelajar kepada perbezaan yang wujud antara negara kita dan negara lain. Pengalaman ini juga membangkitkan semangat inkuiri dalam diri pelajar dan membolehkannya membina perwatakan sendiri. Secara umumnya, pengajian ke peringkat universiti memberi pelajar-pelajar peluang untuk memperbaiki diri sendiri yang tidak didapati di tempat lain.
Konklusinya, banyak faedah yang boleh kita dapati melalui pelanjutan pelajaran ke peringkat universiti. Kita haruslah menyambut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan dan mengambil peluang ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Bersyukurlah, kerana bukan semua manusia di dunia ini diberi peluang sama untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di negara kita. Wujudnya negara yang terlalu miskin sehingga kerajaannya tidak mampu mendirikan pusat pengajian tinggi. Ada juga negara di mana kos pengajian tinggi terlalu mahal sehingga majoriti rakyatnya tidak mampu membiayainya ataupun muflis demi mengejarkan ilmu. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, gunakanlah peluang yang diberi ini sebaik mungkin dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
asslamualaikum,terima kasih bnyak ii dngn ini saya menjadi semangat utuk melanjutkan peajaran di university
ReplyDelete