FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGARA KITA

Polemik pencemaran alam dalam Malaysia bukan isu yang baru. Malah, sejak zaman 1970an kerajaan sudah menyeru rakyat agar memberi kerjasama dalam usaha mengawal masalah pencemeran alam. Namun, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, seruan kerajaan dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia dan akibatnya masalah ini masih tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini. Demi menyelesaikan sebuah masalah kita haruslah memahami puncanya dahulu. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita?

Salah satu faktornya ialah wujudnya pengilang yang tidak prihatin terhadap impak kilangnya terhadap alam sekitar. Walaupun telah diggubaln undang-undang untuk mengurangkan pengeluaran sisa toksik daripada kilang, wujudnya pengilang yang tidak mempedulikannya. Pengilang tersebut bersikap lempar batu sembunyi tangan setelah melakukan kesalahan dan memberi pelbagai alasan yang remeh sekiranya ditanya pihak berkuasa. Saman yang diberi sebagai dendaan kepada pengilang pula tidak dipedulikannya kerana saman itu mampu dibayar olehnya. Akibatnya, kegiatan pengilangan yang mengancam alam sekitar tersebut diteruskan. Tuntasnya, terdapat segelintir pengilang yang sanggup menyalahi undang-undang Malaysia demi keuntungan sendiri.

Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap polemik pencemaran alam sekitar tidak mencukupi. Wujudnya masyarakat Malaysia yang tidak menganggap bahawa penjagaan pembersihan alam sekitar bukan tanggungjawabnya tetapi merupakan tanggungjawab pihak berkuasa. Oleh itu, mereka membuang sampah di merata-rata tempat dengan tanggapan bahawa ada orang yang akan mengutipnya. Mereka tidak mampu memikirkan secara logik bahawa orang yang bekerja hanya beberapa sahaja, tetapi sampah yang perlu dikutip banyak. Kesannya, banyak sampah sarap tidak dikutip dan dibiarkan bertaburan sahaja. Pendek kata, aksi masyarakat membuang sampah, meskipun sedikat sahaja, lama-kelamaan akan berkumpul dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Seterusnya, sistem pembuangan sampah di sesetengah tempat di Malaysia tidak diuruskan dengan baik. Terdapat kes-kes di mana jadual pengutipan sampah tidak diikuti dengan ketat. Justeru itu, sampah yang dibuang diselongkar oleh kucing atau anjing menyebabkanya bersepah dan diharungi lalat. Akibatnya, sampah sarap menjadi bertimbun dan baunya yang busuk meloyakan penduduk. Tuntasnya, sistem pengutipan sampah di Malaysia yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan sampah sarap yang dibuang terbiar sahaja.

Semua pihak haruslah mengkaji punca-punca tersebut dan berusaha mencari penyelesaian polemik pencemaran alam sekitar. Masalah ini sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana akan menjadi barah dalam pembangunan neagra kita. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, marilah kita berganding bahu untuk mengatasi isu ini.

1 comment:

  1. Gambling with a mobile casino is all about risk management - DRMCD
    You can easily find more 김포 출장샵 casino 사천 출장안마 games on Google Play, Facebook, Google Play, iTunes, 과천 출장안마 Gambling with a mobile 당진 출장안마 casino is 서귀포 출장안마 all about risk management.

    ReplyDelete

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGARA KITA

Polemik pencemaran alam dalam Malaysia bukan isu yang baru. Malah, sejak zaman 1970an kerajaan sudah menyeru rakyat agar memberi kerjasama d...